Nuffnang ad

Wednesday, April 27, 2011

Fatin and constipation :(

25.4.2011 - Isnin


Dah genap seminggu fatin makan puree. All this while okay je, suddenly hari ni bila balik rumah dengar suara fatin menangis. Terus tak hengat yang lain, berlari dari porch keta terus ke dalam rumah. Tengok mak pegang fatin, mak bagi tau yang fatin sembelit...nangis baik punya and the poo-poo like stone. Alahai, kesian betul anak ibu....mak tanya "ko bagi anak makan apa semalam?" ibu pun bagi tahu yang ibu bagi makan mashed potato..takkan itu penyebab fatin constipation? But hari sabtu tu ibu bagi fatin makan pisang..just pisang lenyek yang tak masak, i mean tak rebus or bakar. Mak ibu cakap, pisang kalau tak masak dengan cara rebus, bakar atau kukus boleh menyebabkan constipation. So ibu dah tahu apa yang salah, ibu minta maaf fatin..ibu tak tahu pun pisang yang tak masak menyebabkan fatin sakit the whole day. Ibu janji tak buat lagi. Sorry :(

P/s: hehehe..ibu dah beli bumbo seat yang cantik yang selama ini ibu idamkan. Warna pink...wink :p lepas ni fatin makan kena duduk dalam bumbo seat yang comel itu.

Sent from my iPad's Farrah

Mission accomplished!

22.4.2011 - Sabtu

Hari ini ibu dapat beli baby cubes untuk letak puree buah-buahan fatin.
Kat mana ibu dapat? Puas cari merata, tinggal tak kirim kat member ibu nak beli kat mothercare London aje. Ibu jumpa kat www.fabulousmom.com, tapi seperti biasa lar..ibu memang kureng sikit nak beli kat online, ibu berjaya memujuk daddy terus shoot ke Puchong after work. Daddy pun geleng kepala tengok ibu. Alar, bukan apa ini untuk fatin jugak. All this while, puree faten just tahan lima hari je sebab ibu beli bekas lock n lock tuh ada lima. Sekarang ni semenjak ada baby cubes, ibu dapat buat puree fatin untuk stok almost dua minggu..banyak tuh.
Sape nak usha baby cubes, boleh lar tengok kat www.babycubes.com. Selamat menjamu mata. Bye :p

Tuesday, April 26, 2011

Fatin & solid food :)

17.4.2011 ahad
Esok 18.4.2011 fatin genap 6 bulan. Dah boleh makan solid food, tadi ibu dgn daddy dan abg fahreen g jusco AU2 beli barang groceries untuk fatin. Antaranya ialah bekas lock n lock, sweet potatoes, buah pear, apple dan pisang. Ramuan tadi akan ibu rebus dan lenyek serta masukkan dalam bekas locn n lock untuk makan dalam masa 5 hari...hehehehe lama nye sebab ibu akan letak dalam freezer. Ibu ada baca kat internet pasal solid food. Siapa nak buat rujukan, sila lar rujuk kat internet laman web nya www.wholesomebaby.com/pureebabyfoodandstore.htm

Wednesday, April 13, 2011

Birthday abang yang dah postpone dan adik menjelang 6 bulan

Nak tak nak birthday abang kena buat jugak, sebab kek yang order hari tuh dah fully paid (sebab daddy bijak sangat) so kena jugak buat kalau tidak duit tak boleh refundable. Tapi ibu tak tahu bila nak buat...hehhehee.. adik pulak 18.10.2011 ni dah cukup 6 bulan. Nak kenalkan solid food pula, so far ibu dah carik balik buku- buku resipi untuk simanja dan dah baca balik (sebab dulu baca masa fahreen umur 6 bulan). Resepi untuk first week adAlah puri buah-buahan. Cepat betul masa berlalu. "kasih dan sayang dalam sebuah rumahtangga adalah perkara yang indah bagi diriku". Layan lar gambar terbaru budak berdua itu. Entah mana lar pulak nak upload guna ipad ni, hish susah lar...tak khatam lagi ipad ni...sorry la yer.

sleepy wrap dan baju baru anak2


erm semalam member call bg tau sleepy wrap yg kitorang order dr us dah sampai. hurm memang x sabar nak tgk. hehehe suka betul bila dah ada depan mata..first time order online, dari oversea pulak tuh.
inilah barangnya :) tadi nak try tp nur fatin tido lar pulak.

Monday, April 11, 2011

1.4.2011 Jumaat di Hospital Pakar Ampang Puteri

Penghulu segala hari, hari jumaat. Hari penuh dugaan buat ibu Dan sekeluarga. Since last wednesday hari tu injection fatin dah kena postponed and since ibu dapat compasionate leave 3 hari from company, so ibu decide nak inject fatin hari ini. Grandpa tolong hantar kan ibu since ibu tak reti2 nak ambik lesen (kalo ambik pon, ibu x de keta gak..huhuhu). Bergerak ler kami ke Ampang Puteri Specialist Hosp nak jumpa doktor kumari...lepas kena jap, doktor wat standard inspection mcm berat badan, ukur lilit kepala dengar dengupan jantung. Tiba2, doktor kata bunyi jantung fatin abnormal...dalam hati ibu rase mcm nonsense aje doktor ni..apa yang dia repekkan ini. Dr Kumari pun nampak macam tak puas hati, panggil second doktor yang dok sebelah klinik dia...doktor pun cakap benda yang sama. Dr Kumari suggest to refer cardiologist..nama doktor tu Dr Nomee....after scan n so on. Fatin memang ada jantung berlubang. Lokasi jantung tu kat bawah, dipanggil VSD ventricular septec defect. Hanya Allah aje yang tahu perasaan ibu dikala itu disamping daddy pulak tak de sebab tgh kursus. Tapi ibu tahu yang Allah hanya meminjamkan kepada ibu iaitu anak2 ibu untuk diasuh dan dididik. So ibu akan menjaga amanat ini dengan sebaik-baiknya, insyallah.

Thursday, April 7, 2011

Rabu - 30/3/2011

Salam, hari rabu ibu memang cuti sebab nak hantar si kecil fatin untuk inject imunisasi. Malam Selasa daddy dapat call Dari ayah bagitau nenek empik meninggal Dunia kat HKL. Inalillah. Nenek dah agak lama kat HKL since balik Dari umrah, Adalah dalam 2-3 minggu nenek duk kat HKL. Report medical cakap, nenek meninggal sebab paru2 kotor atau pnemonia and sepsis. So inject adik fatin kenalar postpone, bukan tu je....birthday bag fahreen pun gamak nye kena lar postpone. Semoga roh nenek ditempatkan di golongan orang2 Beriman...amin