Nuffnang ad

Saturday, September 14, 2013

first time Fareez admitted ward

baru 2 minggu masuk keje since ibu cuti bersalin 2 bulan..fareez dah kena tahan wad. lepas cuti bersalin, fareez ikut ibu g taska di pejabat ibu. taska kat pejabat harus lar 24 jam aircond, fareez dah start selsema jernih...g klinik. dr arahkan neb sehari 2x selama 3 hari di klinik. lepas tu dah ok, masuk minggu ke-2..keadaan masih selsema dan bertambah teruk. fareez dah start selaema hijau dan mula batuk2. hari khamis petang, adik bg tahu fareez demam panas. malam tu memang fareez x sedap badan, buat hal. sikit2 nangis. nak minum susu pun nangis. so keesokan hari, ibu amik cuti. g klinik minta referral dr. sbb dr. klinik nak bagi antibiotik tapi ibu x nak. ibu berkeras nak jumpa dr. pakar. so nak tak nak klinik keluarkan surat referral ke pakar. maka ibu dengan daddy terus ke hospital. sampai hospital terus dr. tgk n decided untuk tahan. dr. nomee ashikin (paddy anak2 saya) tidak akan bagi antibitoik melainkan keadaan memang teruk. so dr. decide bagi neb, physio..itu aje..maka berkampung lar kami (ibu dengan fareez) di hospital.
hari 1, physio fareez memang ibu tak tahan tengok.. fareez nangis sampai tak keluar suara. Allah aje yang tahu perasaan ibu. 
w-ray ambik and clear kata dr. - so tak perlu risau.
hari 2, dr. nomee dengar chest fareez dan still rasa tak puas hati walaupun dah buat physio. dr. minta nurse buat or bagi sterimar dekat fareez. kena tahan lagi untuk satu hari. hari-2 phsio dua kali..pagi dan petang. insyallah semoga fareez cepat sembuh. 
sambil menunggu masa di wad tu ibu duk baca kat internet. ibu rasa ibu perlu makan madu so secara tak langsung fareez dapat makan madu melalui air susu ibu. ibu akan pastikan makan madu setiap hari tanpa gagal. madu ini makanan sunnah Rasullulah. tak salah kita amalkan. madu pun ada dalam al-quran. so let back to basic.


Monday, July 1, 2013

our newest bundle of joy

salam semua, 
saya telah selamat melahirkan baby kami yang ke-3. baby boy. syukur alhamdulillah kerana semua berjalan lancar. sepatutnya hari khamis follow up tapi entah kenapa bila check baby dah engaged dan doktor check bawah dah bukak 5cm...ook ooo. terus masuk
labour room. doc tanya "tak rasa sakit ke"..saya jawab "takde pun". boleh dikatakan bersalin kali ini yang paling cepat iaitu selama 13 minit dengan 4 kali push. 
bio my 3rd baby:
dob: 25.6.2013
berat: 3.07
tinggi: 53cm
disambut oleh dr. fauziah hassan 
hospital pakar ampang puteri.
nama belum diberi lagi..insyallah nama akan diberi pada hari ke-7 kelahiran. semoga anak ibu menjadi anak yang soleh dunia dan akhirat. 

Sunday, June 16, 2013

menghitung hari :)

tinggal beberapa hari or minggu saja sebelum 3.7.2013. last hari rabu pergi check up n berat baby aje dah 3.1 kg. oh agak besar jugak sebab anak yg pertama "abang fahreen" masa bersalin dah 3.1 kg. agak2 kali ni berapa kg pulak yang akan keluar?. next check up pada hari khamis ni..sekarang tiap2 minggu ada check up..sebab dah lebih 38 minggu. insyaAllah mohon sangat dipermudahkan bila bersalin nanti. 

Friday, April 5, 2013

almost 28th week dah....another 12 weeks mean another 3 months....

alhamdulillah rezeki kali ke 3....abang akan ada geng sebab kali ini pregnant anak ke-3 n its baby boy...my edd insyallah 3.7.2013. tak sabar jumpa little boy inside tummy ni.