Nuffnang ad

Friday, May 30, 2014

Horse riding lagi dan cerita kenduri kahwin

Hari sabtu lepas turn rumah pengantin lelaki pula buat acara majlis. tak jauh pun dari rumah MIL kami. dekat au5, keramat aje. Alhamdulillah, cuaca sangat cantik walaupun ada nampak tanda2 nak hujan. hujan turun lepas acara selesai, lebih kurang dalam pukul 5. 

Sebelum balik rumah MIL sempat singgah Giant sbb nak beli lauk utk malam dan esok hari. jadi mak ni kena serba boleh dan serba cepat. sebelum sampai giant kena pikir apa nak beli supaya tak tergoda nak beli yang lain pula. haahahahaaa. tu pun salah satu cara penjimatan cara berhemah. ekekekee. anak2 tinggal dalam kereta. so mak pun cepat aje beli..cekau tu cekau ni..setel...sampai rumah terus mandi sebab setengah hari dah dekat rumah makcik tadi. dah sedap badan terus turun ke dapur. anak2 dah kepenatan tidur. mak dia pun apa lagi. ke dapur dan berkungfu lar. tadaaaa..lauk makan malam. meehun sup...buah2 an...bubur fareez dan rendang pemberian tuan rumah kenduri tadi..nyum..nyum.

Keesokan hari pula anak2 sibuk mnta nak naik kuda..terpikir juga yang kita ni dah lama tak pergi tasik titiwangsa bawa anak-anak. bukan apa...bawa budak2 pun boleh tahan keletihan mengejar diorang. yang budak2 ni gembira punya pasal..energi dah sampai tahap max tu. mak dia yang termengah-mengah kejar.
Fahreen memang suka dengan kuda black. tapi hari ahad yg lepas black tak di bawa keluar so dia agak frust sikit. pujuk-pujuk kira ok lar tu. bagi main 2 round...kemain lagi suka. 


sebelum naik kuda kena lar amik que..karang mengamuk pula orang lain


turn kakak fatin tunggang kuda


kemain happy lagi


abang fahreen tak payah diajar mcm mana nak tunggang..konon dah pandai lar tu...eceh..


rasa nak je beli kuda..tapi harga mak aiii..kalah sebiji rumah...beli patung kuda aje lar nak oiii...

Holiday ke Penang 17-18 Mei 2014

salam dan hai. 17.5.2014 hari tu g penang. yeay. rase mcm lama sangat tak pergi penang. buat apa ke sana? heheehee..menghantar rombongan kahwin. sepupu suami kita kahwin..sebaya dgn kami. haaa..punya lama jodoh dia tak dtg lagi sampai kami dah ada 3 org cahaya mata baru sampai seru dia kahwin. sampai bonda dia buat nazar lar. baru le jodohnya sampai. apa-apa pun..tahniah buat ewan dan dila. semoga kekal hingga ke jannah. 
kami bertolak dari KL dalam pukul 9.30 pagi sabtu tu. dalam pukul 1 lebih dah sampai ke nibong tebal. tak duk hotel sebab keluarga dah sediakan homestay. dalam pukul 3 akad nikah lepas tu terus ke rumah pengantin untuk jamu nasi. sandingnya esok so malam tu lepas maghrib kami keluar ke pulau pinang ikut jambatan ke-2 pulau pinang. pekena nasi dalca dekat little india..pusing-pusing pulau pastu balik.
esoknya siap-siap dah nak check out terus. lepas zohor pergi hantar pengantin..n lepas tu balik KL. 
walaupun satu malam tu rasa singkat sangat..tapi dapat jugak merasa jambatan ke-2 p.pinang. berbaloi2...

sekali lagi, tahniah buat iwan dan dila :)

Wednesday, May 14, 2014

Anak-anak...

Tiada yang lebih gembira selain melihat wajah keseronokan dan kegembiraan mereka. main sepanjang masa. muka yang senyum dan gelak tu bukan senyum yang dibuat-buat. entah apa yang dibuat oleh anak-anakku tu sampai jadi ala-ala crown. tengok je lar gambar tu.


Fatin buat gaya peace "V"


Jam dah pukul 11 malam pun masih tak mahu tido...


Enjoy selagi boleh...lompat² lar dia...


Abang yang jadi master mind....


Monday, May 12, 2014

Adik saya kahwin....selamat pengantin baru.

Salam and hai...

Agak lama menyepi dari penulisan blog. bukan apa. tuntutan kerja. kerja dah start pile-up since tukar division ni. benda baru. merangkak lagi. mana tak merangkak. 2 field yang berbeza. dari pengurusan kredit ke hartanah. mahu tak ternganga. walaupun term tu nampak sama tapi meaning and function agak berbeza. contoh terdekat value. haaa value credit is appreciation and depreciation. sama je dengan property cuma di property value tu ada indicative value, appreciation. apa-apa pun value memang penting dalam bidang hartanah. hehehehe.

Lepas tu menyepi sebab sibuk dengan persiapan perkahwinan adik. sebagai kakak yang sulung. membantu mak. tulang belakang mak ayah. banyak benda nak kena buat. dengan anak-anak lagi. adui rasa masa tu nak wish minta tangan ada 4 or tangan 8 lar. kerjasama memang kena ada lar. nak-nak kenduri gotong royong yang tak pakai katering. haih. penatnya, hanya Allah yang tahu. Alhamdulillah, jiran-jiran banyak membantu, kawan mak ayah lagi, alhamdulillah dan terima kasih banyak. Masa kenduri macam-macam ragam kita boleh jumpa. Yang tak baik, simpan dalam plastik dan buang jauh-jauh. Yang baik elok dikenang dan dijadikan pengajaran.

Layan gambar-gambar ni dulu.


Selamat pengantin baru amoi a.k.a Solehah dan Hafiz. Itu gambar ayahnda dan bonda saya. 


Fareez menginding nak makan, padahal kita dah suap dia dulu. Pantang tengok orang makan or ibu suap yang lain...mula lar dia datang. 


Aiza (kawan adik), Safri dan Adik yang paling bongsu, Izatti.


Majlis akad nikah. Ayahnda jadi jurunikah sendiri. Time ni saya masih kat rumah lagi. standby, nanti orang dah nikah, nak balik rumah makan....(kita kan tulang belakang mak :) 


Muka ni lagi??!!...mak ai..kuat bebenar bergambar :D


Meja makan beradab pengantin. hiasan aje lar tu. makan semua tak kenyang. kejap ambik gmbr, kejap orang nak bersalam.


Nenenda saya beserta ibu bapa dan penagantin. 


Family along + pengantin 


Family Azim + pengantin 


Family Azfar + pengantin. (Mana ai??? sibuk sebab jadi tuan rumah)


Yang ado ni aje lar...wakil family ai...Farezz yang paling ceria sekali. senyum aje.. geget kang.


Tengok Fareez tu...dengan kakak Fatin


Gambar satu family...eh eh eh jap jap....Nur Fatin mana??? Nur Fatin mana???