Nuffnang ad

Friday, May 14, 2010

Kelas yoga

Semenjak preggy nih aku sibuk nak cari kelas yoga. Sape tahu kelas yoga kat kl yang murah2 dan kelas yoga untuk ibu mengandung?. Reason yg menyebabkan aku mencari kelas yoga kerana: tulang belakang aku makin sakit. No 2; sebab aku nak belajar mcm mana nak control waktu dalam labour room (tak nak yg mcm first dulu, anak boleh masuk ke dalam..huhuu canggih beb).
So skrg aku dah surf internet, jumpa satu dkt area Ampang. Ok ler dekat dgn rumah. Dah sms instructor dia sbb nak tanya ada tak provide untuk ante-natal? So far, the instructor still tak reply my sms (tengah berYoga kut).
Yoga is haram? Erm apa yang aku baca dari internet yoga is haram kalau ada mantera seperti mentera India tuh ‘Oum…”. So aku akan cuba mencari yoga yang tak menggunakan mantera tuh. Hopefully dapat join that class, cant wait. Wish me luck :)

Friday, April 23, 2010

opis punya hal :'(

hurm, mengeluh panjang ibu. now dah masuk minggu ke-15 atau 3.7 bulan. morning sickness ibu still teruk lagi...oh no! last check-up on 19.4.2010 berat badan ibu masih turun lagi dari ke 52 jadi 50kg. Doktor marah ibu, tapi ibu bg tau doktor..mcm mana nak naik badan? makan aje muntah...pastu sakit perut...doktor igt saya tak sakit ke? sy lagi rase azab tau....
sebenarnya ibu pun mmg rase sedih + kuciwa + dan mcm2 lagi sbb ibu rase sian kat baby ibu...
condition ibu skrg nih...hurm nak melepaskan tension aje..sbb dah 2-3 hari ibu migraine...dan dah 2-3 hari ibu asyik attach dgn KPDNKK...jawab segala persoalan...argh..penat ibu.
p/s: entry ini hanyalah luahan perasaan aje...takde kena mengena dgn yg lain...


oh yea :) ibu nak g holiday!!! ibu tak kira jugak...ibu nak call hotel skrg jugaklah...

Tuesday, March 30, 2010

28/3/2010 - 1st time Fahreen watch cinema 3D "Alice in Wonderland"

first time fahreen watch 3D cinema, this is 2nd time dia watch movie. before this cerita chipmunk 2, now Alice in Wonderland. kelakar tgk muka dia yang duk ketip mulut sbb nak make sure yang glass 3D tak jatuh. tapi, biasalah..nama pun budak2..dok tgh layan cerita tuh boleh pulak dia nak breastfeed..siap cakap lagi "bu...nak nenen". (org sebelah dgr pun, tergelak..hihihi :)

so lyn aje lah gmbr2 fahreen nih.

Monday, March 15, 2010

from January until february :)

agak lama tak update blog, bukan apa since my colleague dah move to another division..i have to take care he protfolio's which i have more than 100 portfolio's. memang agak kelam kabut, mana nak urgent, mana nak disburse...time nih aku terpikir bagusnya org yang tak payah kerja dimana husband boleh menanggung semuanya. tapi x semua orang dapat anugerah mcm tuh, so tak payah berangan dan hadapinya..hehehehe
oh by the way, since this is my diary, my son diary and my family diary...so i hanya sempat buat rumusan or conclusion apa yang terjadi in january and february, wokey..
i tak nak memory ini hilang supaya bila akan datang nanti. i boleh refresh balik this memory.

January 6, 2010.
Nenek hazlee (nenek hatena) meninggal dunia. Nenek memang agak lama duduk rumah ayah, kali ini nenek mmg tak nak balik2 sbb selalunya nenek akan suruh ayah hantar balik rumah dia..tak betah agaknya, rupa2nya mungkin nenek nak meninggal dekat situ. Inalillah.

February 9, 2010.
Balik keje semenjak dua nih memang x larat, nak baring aje. tiba2 teringat yang i last period january 7, 2010. that mean dah delay almost beberapa hari.
amik pregnancy test..cuba then..SYUKUR...fahreen bakal ada adik lagi...
hehehe tak lar fahreen keseorangan nanti...hazlee mmg enjoy..
tapi honestly lar i cakap. pregnant kali ini memang menduga iman, hidung jadi very super sensitive, teka rasa pahit saja all day along, and badan memang terasa lesu. apa yang i makan after that mmg akan keluar balik. sedih sangat2, tapi i fikir 1 aje. orang kata "Allah tengah ampunkan dosa orang yang mengandung sehingga dia melahirkan anak dia", so i take it as positive. i have to sabar banyak2. i have to mengalah banyak2 (tak boleh marah2). semuanya kena sabar lar...

Monday, December 14, 2009

Trip to Kuala Pilah, Negeri 9.

11/12/2009 – birthday father I merangkap grandpa Muhammad Fahreen.
Happy birthday abah. Til today I tak sempat nak celebrate sbb jadual agak sibuk and the main reason sbb hadiah tak beli lagi…hehehehe..plan nak beli shaver electric kat abah and makan-makan di somewhere…(pun tak tahu lagi). On that day jugak anak arwah pak anjang aku bernikah, anak pertama nama Aisyah berumur 21 tahun. Erm cepat masa berlalu. Sampai x sedar semuanya. Buat Aisyah dan pasangan, Selamat Pengantin Baru dan semoga bahagia hingga hujung nyawa.





Annual dinner @ 8/12/2009

Pada 8/12/2009 – program annual dinner pulak, di Shangri-La hotel. Since this nite menteri datang and I pulak ambik hadiah sebab menang no 1 menamakan Taska PNS, so I decide nak agak glam sikit lah. Company bagi early release sbb program start pukul 8 malam, balik ke rumah dalam pukul 3.30 dan pukul 7 baru bergegas ke Shangri-La hotel. Nak komen pasal makan, hidangan dia taraf biasa – biasa aje. (pelik jugak sbb bapakku pernah bekerja sbg demi chef dkt hotel and so far makanan mmg kena best, mmg kena sedap lar). Entahlah….ikan masak asam pedas macam ikan direbus nak dimasukkan ke dalam kuah asam pedas..macam tu lar aku rase.



Sunway Lagoon @ 5/12/2009

Agak sibuk jugak semenjak dua ni, tapi I akan cuba update jugak even sebulan sekali. Macam-macam program yang I involved for disember ini, 5/12/2009 family day at Sunway Lagoon organized by club sukan office. Start acara pada pukul 9 – perasmian oleh MD. Pukul 10-12 pula games antara rumah, ibu dapat menang 2 acara iaitu tarik tali (hadiah rm20) and acara padam api (hadiah rm10). Fahreen memang suka betul mandi kat pool, even masa penyampaian hadiah dgn makan tengahari tuh pun Fahreen sibuk nak pergi beach. After lunch, we all proceed to beach bagi fahreen main and mandi sampai puas. Geram betul tengok fahreen enjoy mandi dengan daddy (ibu masa tu memang x dapat mandi). Disebabkan nak kejar show animal di Sunway Wild Life, pukul 2 lebih dah bergegas nak mandi. Memang penat betul si Fahreen tuh sampai tertido sementara menunggu turn nak mandi J heheheee. Sampai wild life safari, baru saje duduk tak sampai 5 minit show dah habis…and then bawa fahreen berjalan - jalan dekat safari sahaja dah sampai pukul 5. pastu apa lagi balik terus…dan kepenatan satu hari.