Nuffnang ad

Wednesday, April 13, 2011

sleepy wrap dan baju baru anak2


erm semalam member call bg tau sleepy wrap yg kitorang order dr us dah sampai. hurm memang x sabar nak tgk. hehehe suka betul bila dah ada depan mata..first time order online, dari oversea pulak tuh.
inilah barangnya :) tadi nak try tp nur fatin tido lar pulak.

Monday, April 11, 2011

1.4.2011 Jumaat di Hospital Pakar Ampang Puteri

Penghulu segala hari, hari jumaat. Hari penuh dugaan buat ibu Dan sekeluarga. Since last wednesday hari tu injection fatin dah kena postponed and since ibu dapat compasionate leave 3 hari from company, so ibu decide nak inject fatin hari ini. Grandpa tolong hantar kan ibu since ibu tak reti2 nak ambik lesen (kalo ambik pon, ibu x de keta gak..huhuhu). Bergerak ler kami ke Ampang Puteri Specialist Hosp nak jumpa doktor kumari...lepas kena jap, doktor wat standard inspection mcm berat badan, ukur lilit kepala dengar dengupan jantung. Tiba2, doktor kata bunyi jantung fatin abnormal...dalam hati ibu rase mcm nonsense aje doktor ni..apa yang dia repekkan ini. Dr Kumari pun nampak macam tak puas hati, panggil second doktor yang dok sebelah klinik dia...doktor pun cakap benda yang sama. Dr Kumari suggest to refer cardiologist..nama doktor tu Dr Nomee....after scan n so on. Fatin memang ada jantung berlubang. Lokasi jantung tu kat bawah, dipanggil VSD ventricular septec defect. Hanya Allah aje yang tahu perasaan ibu dikala itu disamping daddy pulak tak de sebab tgh kursus. Tapi ibu tahu yang Allah hanya meminjamkan kepada ibu iaitu anak2 ibu untuk diasuh dan dididik. So ibu akan menjaga amanat ini dengan sebaik-baiknya, insyallah.

Thursday, April 7, 2011

Rabu - 30/3/2011

Salam, hari rabu ibu memang cuti sebab nak hantar si kecil fatin untuk inject imunisasi. Malam Selasa daddy dapat call Dari ayah bagitau nenek empik meninggal Dunia kat HKL. Inalillah. Nenek dah agak lama kat HKL since balik Dari umrah, Adalah dalam 2-3 minggu nenek duk kat HKL. Report medical cakap, nenek meninggal sebab paru2 kotor atau pnemonia and sepsis. So inject adik fatin kenalar postpone, bukan tu je....birthday bag fahreen pun gamak nye kena lar postpone. Semoga roh nenek ditempatkan di golongan orang2 Beriman...amin

Monday, March 28, 2011

countdown birthday Fahreen

hari ini 28.3.2011. tinggal lagi 5 hari...3.4.2011..birthday abang..

semalam nak bw abang gi riki kek, baju and goodies..tp abg tido pulak...

so ibu g dgn daddy dan adik fatin.

sib baik adik good mood..diam aje...

alahai..pening kepala ibu...

Wednesday, March 16, 2011

buku adalah kehidupanku

hari ini telah berjaya membeli (walaupun suami yang bayar okey :) 2 buah buku di Kinokuniya....
buku pertama ialah tentang parenting, iaitu
v
v
v
v
v

Secrets of the Baby Whisperer for Toddlers


dan yang ke 2 pulak:

A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad

bila masa nak baca? kat rumah..oh tak dapat lar sebab byk kerja rumah yang perlu disiapkan...
jadi..membaca mase waktu lunch aje lar..minat punya pasal..tak jadi hal lar..
membaca menambah ilmu :)
tak sabar nak baca...
apa lagi? jom lar :D

p/s: terima kasih banyak2 pada suamiku...kasih sayang dariku yang tak terhingga kepadamu...

Monday, March 14, 2011

Tsunami di Jepun 2011




tak dapat nak digambarkan lagi kesedihan ku apabila mendapat berita...
huhuhu..tak terucap tgk CNN..
hanya mampu sebut Ya Allah....
siap nampak orang melambai-lambai dalam kereta minta tolong...
aduhai..sedihnya..
semoga Allah melindungi mereka - mereka semua..

Amin.

Sunday, November 28, 2010

hari penutup...

semalam, hari ini dgn esok sibuk ulang alik ke rumah urut bernama kak mas. yelah dah masuk pantang hari ke 41, 42 dan 43. esok last urut plus mandi bunga (ingat org berubat je mandi bunga, hbs pantang pun mandi bunga gak). 1 disember ni genap anniversary yang ke 4 perkahwinan ku, hehehe cukup2 aje pantang pun habis..7 disember bersamaan dgn maal hijrah pulak nak buat cukur jambul. mak ai, hbs confinement sibuk ler pulak.
confinement nak habis nih rase sayu ler pulak, sebab dah takde dah layanan bagai sang puteri. huhuhu, semua kerja-kerja mak nak kena buat balik. basuh baju, menyusu, pam susu, masak, bagi anak makan..wah kalo di list kan sampai kiamat tak habis :D
alah, puteri fatin nangis ler pulak (ini pun satu cabaran gak, baru sibuk nak berblog...anak pula nak menyusu).

bye
lots of love,
~ibu~