Nuffnang ad

Monday, September 26, 2011

berurut...hehehee or spa

erm mentang2 gaji dah masuk..sibuk nak pikir nak h urut lar or nak g wat facial lar..hai itular perempuan. alar lagipun buat utk suami jugak..badan nak kena pakai lama..lagipun kena maintain selalu baru servis kepada keluarga terbaek :)

blogger thru iphone or any smartphone

baru jumpa or before that my hubby dah donlot kat apps store..suddenly hilang..i rase anak i dah terdelete..now i dah install balik. so mari berblog via iphone 4 saya!

Sunday, August 7, 2011

mikrowave-keburukannya...so after this jd tmpt simpan mknn kering aje lar

BAHAYA MICROWAVE OVEN???.

Ketuhar gelombang mikro atau lebih popular dengan nama inggerisnya microwave oven, ialah antara gajet moden yang popular dikalangan para suri rumah dan pengusaha restoran di dunia sebagai jalan pintas menyediakan makanan untuk keluarga dan pelanggan.

Ketuhar ini amat popular kerana kecekapannya memanaskan makanan dalam sekelip mata. Lebih-lebih lagi, amat membantu pada bulan puasa, waktu sahur. Para ibu dan isteri hanya perlu masukkan makanan ke dalam ketuhar dan tekan punatnya...nyit. ..nyit... nyit dan tinggg....! Makanan panas sudah pun terhidang. Justeru, hampir setiap rumah kini memiliki microwave oven.

Cara masak melawan fitrah
Cara memasak atau memanaskan makanan di atas api atau ketuhar biasa bermula dengan makanan panas di bahagian luar dahulu, kemudian barulah haba masuk ke bahagian dalam. Berlainan dengan penggunaan ketuhar gelombang mikro. Makanan yang dimasak atau dipanaskan akan menjadi panas di bahagian dalam dahulu, kemudian barulah haba bergerak ke luar.

Ini boleh dilihat dengan membakar kentang di dalam ketuhar gelombang mikro untuk satu tempoh yang agak lama, katakan sejam. Walaupun telah dimasak sejam, kentang kelihatan seperti belum masak. Tetapi jika dibelah, tiada apa di bahagian dalamnya melainkan arang!

Inilah yang dikatakan cara memasak melawan fitrah. Pastinya sesuatu yang melawan fitrah, lazimnya membawa keburukan..

Ketuhar pengancam nyawa
Ketuhar gelombang mikro diperkenalkan pada orang ramai sekitar pertengahan 1950-an. Ketika itu tidak banyak kajian saintifik terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro. Cuma sejak kebelakangan ini barulah pelbagai
kajian dan penyelidikan dilakukan terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro kepada kesihatan manusia.

Kesemuanya merumuskan bahawa ketuhar gelombang mikro menghasilkan makanan yang sangat bahaya. Ini agak mengejutkan kerana ketuhar ini baru bersama kita beberapa dekad sahaja. Namun dalam tempoh yang singkat itu, pelbagai penyakit yang berbahaya dan pelik-pelik muncul satu persatu. Ini secara teorinya, menjelaskan penggunaan ketuhar gelombang mikro turut menyumbang kepada meningkatnya pelbagai penyakit yang
mengancam nyawa!

Tidak hairan jika golongan remaja hari ini, banyak yang diserang sakit jantung, dan orang muda seusia20-an dan 30-an mati menghidap kanser.

Makanan jadi toksik

Dalam penggunaan ketuhar gelombang mikro, radiasi elektromagnetik menggerakkan molekul-molekul makanan.

Molekul-molekul ini 'dipaksa' berpusing sedangkan kalau memanaskan makanan cara biasa, molekul-molekul ini bergerak dari tepi ke tepi. Keadaan berpusing ini memusnahkan molekul dan kadang kala menyusunnya semula menjadi bahan-bahan toksik yang menyebabkan alahan kepada manusia.

Badan tak kenal makanan

Yang dibimbangkan tentang penggunaan ketuhar gelombang mikro, bukan radiasi yang terhasil, tetapi bagaimana ia merosakkan DNA makanan hingga badan manusia tidak kenal bahawa apa yang ditelan itu ialah makanan.

Kerana tidak mengenali makanan, badan bertindak menyalutinya di dalam sel-sel lemak sebagai perlindungan terhadap 'makanan mati'; atau badang mengumuhkannya dengan pantas.

Sesungguhnya telah banyak bukti saintifik yang didedahkan oleh saintis akan bahaya penggunaan ketuhar gelombang mikro, para pengeluar tetap mengatakan ia selamat kerana
keuntungan yang diperoleh daripada penjualan ketuhar ini berlipat ganda.

Penemuan mengejutkan

Dua orang penyelidik, Blanc dan Hertel telah mengesahkan bahawa memasak menggunakan ketuhar gelombang mikro, dengan ketaranya mengubah nutrisi makanan. Hertel telah bertahun-tahun menjadi saintis makanan dan berkhidmat di sebuah syarikat makanan Swiss terkemuka. Dia dibuang kerja kerana mempersoalkan prosedur memproses makanan
secara luar tabi'i. Lantas dia bergabung tenaga dan kepakaran dengan Blanc dari Swiss Federal Institute of Biochemistry dan University Institute for Biochemistry. .

Kedua-dua saintis ini mengkaji kesan makanan mikro gelombang terhadap lapan individu dengan mengambil darah mereka sejurus selepas mengambil makanan gelombang mikro. Blanc dan Hertel mendapati paras haemoglobin individu-individu ini telah menurun. Hasil kajian ini menunjukkan orang yang makan makanan gelombang mikro cenderung mendapat anaemia (kekurangan darah). Situasi bertambah jelas pada bulan kedua penyelidikan.

Itu baru dua bulan diberi makan makanan gelombang mikro, bagaimana kalau kita memakannya berbulan-bulan, bertahun-tahun?

Sepuluh sebab ketuhar gelombang mesti dibuang

Perhatikan fakta hasil kajian klinikal saintifik Swiss, Jerman dan Rusia di bawah ini:
1. Makan makanan yang melalui proses ketuhar gelombang mikro menyebabkan kerosakan otak dalam jangka panjang iaitu ia 'memendekkan' utusan elektrik di dalam otak (depolarizing atau demagnetizing tisu otak).
2. Badan manusia tidak mampu meleraikan (metabolize) bahan makanan yang dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro.
3. Pengeluaran hormon lelaki dan perempuan terhenti dan/atau berubah dengan mengambil makanan gelombang mikro.

Kesan makanan gelombang mikro
4 .sebenarnya ibarat sisa/sampah di dalam badan manusia.
5. Mineral, vitamin dan khasiat makanan gelombang mikro berkurang atau berubah. Jadi badan kita dapat sedikit sahaja manfaat makanan. Badan kita juga menyerap kompaun-kompaun yang berubah itu, dan tidak dapat meleraikannya.
6. Mineral-mineral di dalam sayuran berubah menjadi radikal bebas yang menyebabkan kanser apabila dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro. Ini antara punca
mengapa pengidap kanser meningkat.
7. Makanan gelombang mikro menyebabkan ketumbuhan kanser di dalam perut dan usus-juga menjadi punca meningkatnya penghidap penyakit ini.
8. Makan makanan gelombang mikro berpanjangan menyebabkan sel-sel kanser meningkat di dalam darah manusia.
9. Makan makanan gelombang mikro secara berterusan juga menyebabkan merosotnya sistem imun melalui kelenjar limpa dan pengubahan serum darah.
10. Makanan gelombang mikro menyebabkan hilang daya ingatan, tumpuan, kestabilan emosi dan mengurangkan kecerdikan.

Fikirkan...

Pernahkah kita terfikir mengapa anak-anak kita hari ini degil, keras dan gelap hati? Atau kerap berlaku 'haruan makan anak' serta amalan seks luar tabi'i? Atau pernahkah
terlintas di benak fikiran kita, mengapa makin ramai yang cenderung menukar jantina - perempuan mahu jadi lelaki dan yang lelaki mahu jadi perempuan?

Fenomenanya krisis identiti dan gender kini menular dan semakin menjadi kelaziman. Antara sebabnya ialah kecelaruan hormon di dalam badan yang selain disebabkan makan makanan yang berstatus syubhah, juga berkemungkinan besar berpunca daripada makanan yang ditelan melalui proses gelombang mikro.

Selain pengusaha restoran, siapa lagi yang menghidangkan makanan yang mengancam kesihatan ini kalau bukan kita sendiri? Kitalah isteri, kitalah ibu yang kononnya sentiasa sibuk.
Maka ketuhar gelombang mikrolah yang kita sandarkan untuk pantas menyediakan makanan keluarga tersayang.

Jika di rumah kita ada ketuhar ini dan telah tahu akan bahayanya, hentikanlah penggunaannya. Hanya mereka yang zalim sahaja sanggup menggadai nyawa sendiri dan ahli keluarganya.
Jika anda sedang berkira-kira mahu membeli ketuhar gelombang mikro, lupakan niat itu. Laburkan duit anda itu untuk sesuatu yang lebih bermanfaat untuk kesihatan keluarga. Jangan kita menjadi pembunuh kepada keluarga melalui penggunaan ketuhar gelombang mikro dengan memberi mereka makan makanan yang mengancam nyawa!

Terdapat banyak jurnal dan rencana kesihatan dan perubatan yang menjelaskan bahayanya ketuhar gelombang mikro kepada nyawa manusia. Antaranya:
http://www.mercola. com/article/ microwave/ hazards2. htm
http://www.cancersalves.com/ article/microwav e.html
http://www.indigosu n.com/august99/ microwave. htm

Sumber : ANIS, Mac 2008

Wednesday, June 29, 2011

Tomorrow cuti untuk menghantar fatin ke hospital serdang

Esok, first time bawa fatin pergi jumpa doktor amin kat hospital serdang untuk buka fail kat IJN. before this, fatin just pergi kat Dr. Nomee di Hospital Pakar Ampang Puteri. Sebab nak bukak kat IJN coz dr nomee pun one of the doktor kat IJN, if fatin need operation..ibu akan buat dkt IJN and its lesser than Ampang Puteri caj. Hehehehe...yo lar sekali jumpa kat Ampang Puteri je mesti lebih rm400..agak2 lar dengan keje ibu yg pangkat executive aje bukannya managing director.
After g hosp, ibu plan nak singgah kat Alamanda. Nak cari kasut keje yg baru, sbb seingat ibu last ibu beli kasut keje adalar dekat 3 tahun. Huhuhu...tadi surf kat internet..
Berminat pulak dengan style yg mcm ni...agak lawa dan anggun kan?

Dah berpuluh kali upload guna ipad tapi x berjaya jugak...argh..biarkan aje...jgn dirisau kan..(geram jugak dgn ipad nih).

The new gadget in my life..

29.6.2011 rabu
Dapat surprise from suami tercinta. He give to me iphone 4 white...wink..wink..wink..
Terkejut ibu..tetapi ibu very like..like..like..
macam hotfm like..like..like
Anyway..thanks daddy..i love u so much..

Monday, June 27, 2011

Our beauty....

Bercakap ttg beauty..hurm semua org pasti suka? Kan...alar mengaku aje lar..
Setiap org ada kecantikkan dlm diri nya..ttp byk org suka tgk kecantikkan luaran..kenapa?
Sbb dari mata jatuh ke hati..dari mata jugak hati berkata-kata..hurm...
Siapa cantik dimata aku? Bg aku ramai yg cantik. Mak aku cantik sbb peel penyabar nye..bapak aku handsome dgn kool nye...fahreen dgn comel gigi rongak dia..hehe. Hazlee dgn bdn bidang dia. Tp sebenarnya susah juga kalau jd cantik...takut dipuja, diangau dsb. Kalau aku, suka tgk katie holmes bini si tom cruise tuh..katie lawa, tom cruise handsome and anak dia yg nama suri tuh pulak comel jer.



Ada macam aku tak? Hik..hik..
Ps: baju mmg lawa sgt..i admit i nak jugak mcn nih ;p

Monday, May 16, 2011

Esok cuti! Yehaa

Esok cuti, ibu ambil annual leave. Saje je sbb tak pernah ambik cuti lagi untuk tahun ni. Ingat nak spend quality time dengan anak2. Hehehehe..
So esok cuti nak plan ke mana? Erm ibu pun tak tahu lagi..sbb hari selasa pun cuti berikutan hari wesak day..wah wah wah...kemain seronok..cuti tapi still rase boring sbb tak ke mana-mana pun..

Wednesday, April 27, 2011

Fatin and constipation :(

25.4.2011 - Isnin


Dah genap seminggu fatin makan puree. All this while okay je, suddenly hari ni bila balik rumah dengar suara fatin menangis. Terus tak hengat yang lain, berlari dari porch keta terus ke dalam rumah. Tengok mak pegang fatin, mak bagi tau yang fatin sembelit...nangis baik punya and the poo-poo like stone. Alahai, kesian betul anak ibu....mak tanya "ko bagi anak makan apa semalam?" ibu pun bagi tahu yang ibu bagi makan mashed potato..takkan itu penyebab fatin constipation? But hari sabtu tu ibu bagi fatin makan pisang..just pisang lenyek yang tak masak, i mean tak rebus or bakar. Mak ibu cakap, pisang kalau tak masak dengan cara rebus, bakar atau kukus boleh menyebabkan constipation. So ibu dah tahu apa yang salah, ibu minta maaf fatin..ibu tak tahu pun pisang yang tak masak menyebabkan fatin sakit the whole day. Ibu janji tak buat lagi. Sorry :(

P/s: hehehe..ibu dah beli bumbo seat yang cantik yang selama ini ibu idamkan. Warna pink...wink :p lepas ni fatin makan kena duduk dalam bumbo seat yang comel itu.

Sent from my iPad's Farrah

Mission accomplished!

22.4.2011 - Sabtu

Hari ini ibu dapat beli baby cubes untuk letak puree buah-buahan fatin.
Kat mana ibu dapat? Puas cari merata, tinggal tak kirim kat member ibu nak beli kat mothercare London aje. Ibu jumpa kat www.fabulousmom.com, tapi seperti biasa lar..ibu memang kureng sikit nak beli kat online, ibu berjaya memujuk daddy terus shoot ke Puchong after work. Daddy pun geleng kepala tengok ibu. Alar, bukan apa ini untuk fatin jugak. All this while, puree faten just tahan lima hari je sebab ibu beli bekas lock n lock tuh ada lima. Sekarang ni semenjak ada baby cubes, ibu dapat buat puree fatin untuk stok almost dua minggu..banyak tuh.
Sape nak usha baby cubes, boleh lar tengok kat www.babycubes.com. Selamat menjamu mata. Bye :p

Tuesday, April 26, 2011

Fatin & solid food :)

17.4.2011 ahad
Esok 18.4.2011 fatin genap 6 bulan. Dah boleh makan solid food, tadi ibu dgn daddy dan abg fahreen g jusco AU2 beli barang groceries untuk fatin. Antaranya ialah bekas lock n lock, sweet potatoes, buah pear, apple dan pisang. Ramuan tadi akan ibu rebus dan lenyek serta masukkan dalam bekas locn n lock untuk makan dalam masa 5 hari...hehehehe lama nye sebab ibu akan letak dalam freezer. Ibu ada baca kat internet pasal solid food. Siapa nak buat rujukan, sila lar rujuk kat internet laman web nya www.wholesomebaby.com/pureebabyfoodandstore.htm

Wednesday, April 13, 2011

Birthday abang yang dah postpone dan adik menjelang 6 bulan

Nak tak nak birthday abang kena buat jugak, sebab kek yang order hari tuh dah fully paid (sebab daddy bijak sangat) so kena jugak buat kalau tidak duit tak boleh refundable. Tapi ibu tak tahu bila nak buat...hehhehee.. adik pulak 18.10.2011 ni dah cukup 6 bulan. Nak kenalkan solid food pula, so far ibu dah carik balik buku- buku resipi untuk simanja dan dah baca balik (sebab dulu baca masa fahreen umur 6 bulan). Resepi untuk first week adAlah puri buah-buahan. Cepat betul masa berlalu. "kasih dan sayang dalam sebuah rumahtangga adalah perkara yang indah bagi diriku". Layan lar gambar terbaru budak berdua itu. Entah mana lar pulak nak upload guna ipad ni, hish susah lar...tak khatam lagi ipad ni...sorry la yer.

sleepy wrap dan baju baru anak2


erm semalam member call bg tau sleepy wrap yg kitorang order dr us dah sampai. hurm memang x sabar nak tgk. hehehe suka betul bila dah ada depan mata..first time order online, dari oversea pulak tuh.
inilah barangnya :) tadi nak try tp nur fatin tido lar pulak.

Monday, April 11, 2011

1.4.2011 Jumaat di Hospital Pakar Ampang Puteri

Penghulu segala hari, hari jumaat. Hari penuh dugaan buat ibu Dan sekeluarga. Since last wednesday hari tu injection fatin dah kena postponed and since ibu dapat compasionate leave 3 hari from company, so ibu decide nak inject fatin hari ini. Grandpa tolong hantar kan ibu since ibu tak reti2 nak ambik lesen (kalo ambik pon, ibu x de keta gak..huhuhu). Bergerak ler kami ke Ampang Puteri Specialist Hosp nak jumpa doktor kumari...lepas kena jap, doktor wat standard inspection mcm berat badan, ukur lilit kepala dengar dengupan jantung. Tiba2, doktor kata bunyi jantung fatin abnormal...dalam hati ibu rase mcm nonsense aje doktor ni..apa yang dia repekkan ini. Dr Kumari pun nampak macam tak puas hati, panggil second doktor yang dok sebelah klinik dia...doktor pun cakap benda yang sama. Dr Kumari suggest to refer cardiologist..nama doktor tu Dr Nomee....after scan n so on. Fatin memang ada jantung berlubang. Lokasi jantung tu kat bawah, dipanggil VSD ventricular septec defect. Hanya Allah aje yang tahu perasaan ibu dikala itu disamping daddy pulak tak de sebab tgh kursus. Tapi ibu tahu yang Allah hanya meminjamkan kepada ibu iaitu anak2 ibu untuk diasuh dan dididik. So ibu akan menjaga amanat ini dengan sebaik-baiknya, insyallah.

Thursday, April 7, 2011

Rabu - 30/3/2011

Salam, hari rabu ibu memang cuti sebab nak hantar si kecil fatin untuk inject imunisasi. Malam Selasa daddy dapat call Dari ayah bagitau nenek empik meninggal Dunia kat HKL. Inalillah. Nenek dah agak lama kat HKL since balik Dari umrah, Adalah dalam 2-3 minggu nenek duk kat HKL. Report medical cakap, nenek meninggal sebab paru2 kotor atau pnemonia and sepsis. So inject adik fatin kenalar postpone, bukan tu je....birthday bag fahreen pun gamak nye kena lar postpone. Semoga roh nenek ditempatkan di golongan orang2 Beriman...amin

Monday, March 28, 2011

countdown birthday Fahreen

hari ini 28.3.2011. tinggal lagi 5 hari...3.4.2011..birthday abang..

semalam nak bw abang gi riki kek, baju and goodies..tp abg tido pulak...

so ibu g dgn daddy dan adik fatin.

sib baik adik good mood..diam aje...

alahai..pening kepala ibu...

Wednesday, March 16, 2011

buku adalah kehidupanku

hari ini telah berjaya membeli (walaupun suami yang bayar okey :) 2 buah buku di Kinokuniya....
buku pertama ialah tentang parenting, iaitu
v
v
v
v
v

Secrets of the Baby Whisperer for Toddlers


dan yang ke 2 pulak:

A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad

bila masa nak baca? kat rumah..oh tak dapat lar sebab byk kerja rumah yang perlu disiapkan...
jadi..membaca mase waktu lunch aje lar..minat punya pasal..tak jadi hal lar..
membaca menambah ilmu :)
tak sabar nak baca...
apa lagi? jom lar :D

p/s: terima kasih banyak2 pada suamiku...kasih sayang dariku yang tak terhingga kepadamu...

Monday, March 14, 2011

Tsunami di Jepun 2011




tak dapat nak digambarkan lagi kesedihan ku apabila mendapat berita...
huhuhu..tak terucap tgk CNN..
hanya mampu sebut Ya Allah....
siap nampak orang melambai-lambai dalam kereta minta tolong...
aduhai..sedihnya..
semoga Allah melindungi mereka - mereka semua..

Amin.