Nuffnang ad

Monday, April 14, 2014

12.4.2014 - Family day + celebrate birthday Fahreen yang ke-6 tahun

12.4.2014 - Sabtu
Alhamdulillah, program yang telah dirancang dalam masa seminggu telah berjalan lancar. Dalam pukul 11 lebih bawa anak-anak pergi Aeon Cheras Selatan untuk tengok wayang, target nak tengok cerita Captain America: The Winter Soldier atau Rio 2. Capt. America sold out so we move to Rio 2. Tiket paling cepat pukul 1.30 petang. Sebelum tengok wayang, makan KFC dulu sebab tu aje yang anak-anak nak makan. 
Rio 2 tu memang kelakar lar sebab cerita nya kembali ke habitat asal iaitu pergi Hutan Amazon. Rio yang penuh dengan gajet GPS lar, hidup dalam suasan moden manusia menyebabkan jalan cerita tu funny and enjoy. Kesinambungan dari Rio 1 tu, ada 3 ekor anak: Bia, Tiago dan Carla. Hahahahaha memang enjoy la. Habis movie kami pun balik rumah sebab nak gerak ke Pusat Maritim Putrajaya untuk berenang. Selesai solat dan decorate kek, bergerak la kami ke Pusat Maritim Putrajaya. So kesemua adik-beradik berkumpul di situ dengan anak masing-masing. Mandi sampai kolam renang tu tutup dalam pukul 6.45.
Kami semua bergerak ke Restoran Empangan Ikan Bakar 1 Malaysia yang berdepan dengan PICC tu. Scenery tu memang lawa sebab mengadap Putrajaya. Order-order makan pastu potong kek dan bermain-main sampai pukul 10 malam. Hahahahaa kepenatan memasing. Satu yang paling suka kat Putrajaya ialah semuanya tempat ada surau, baik Pusat Maritim atau Restoran Empangan tu..memang best lah.
So tercapai hasrat ibu nak buat program birthday Fahreen dan membuat kek birthday anak sendiri. Memang gigihlar nak buat kek sampai pukul 2 pagi. Kek cheese Oreo. Yang penting anak-anak ibu enjoy. Alhamdulillah









No comments:

Post a Comment