Dah 34 hari dah MH370 tu hilang dan masih tak jumpa-jumpa lagi sama ada pesawat atau pun sebarang petunjuk. Kesian sangat-sangat dekat kaum keluarga mangsa MH370 tu. Dah la kapal terbang tu juga yang bawa saya pergi Beijing atas urusan kerja, memang rasa terkesan di hati. Last 2-3 hari tu ada dengar bunyi ping kotak hitam...tup-tup hari ni dah tak de bunyi dah. adoi..sedih betul sebab kita tak tahu apa terjadi dan apa status diorang. Tak dapat nak bayangkan apa yang mereka hadapi masa dalam kapal tersebut lebih-lebih lagi bila tahu ada 2 bayi dalam kapal tersebut. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terjadi pada mereka walaupun ada banyak spekulasi namun saya tidak berani untuk komen lebih lanjut. Cuma kita tunggu aje mahkamah yang lebih agung tanpa penindasan pada masa dan waktu itu semua manusia akan di adili seadil-adil nya. Wallahualam. My deepest condolences to crew and passenger on board MH370. Semoga semua dirahmati oleh Allah dan diberi kesenangan di masa akhirat nanti. Amin.
No comments:
Post a Comment